CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Friday, January 4, 2013

Petua Hilangkan Sakit Tekak

Selain minum air buah berangan, maybe boleh try petua2 lain..antaranya:
Berkumur dengan air Garam 
Jika tekak anda berasa perit dan tidak selesa, kerana cuaca terlalu panas, anda bolehlah berkumur dengan air garam sebanyak dua kali sehari.

Caranya :Ambil tiga sudu garam, bancuh dengan setengah gelas air sejuk, setelah itu berkumurlah sehingga air itu habis. Lakukan setiap hari sehingga anda berasa lega.

Mengurangkan Rasa Sakit Tekak
Ambil sesudu kicap kemudian dicampur sedikit limau kasturi, baca selawat 3 kali dan minum.

Sakit Tekak Di Waktu Pagi
Sakit tekak sewaktu bangun pagi? Terus ke bilik air dan tepukkan air sejuk di tengkuk anda. Hilangkan atau elakkan sakit tekak dengan meminum air tomato seminggu 3 kali. Sakit atau perit tekak akan hilang.

Minum madu
Ambil setengah biji lemon dan satu sudu madu asli lalu dilarutkan di dalam segelas air suam... Sila minum sehingga benar2 lega.... Minumlah 2 - 3 kali sehari.

Minum air asam jawa
Minum air asam jawa. Hanya perlu campurkan air bersama asam jawa dan kacau hingga sebati. Selepas itu, tapis asam jawa tersebut dan ambil airnya. Sebaiknya, minum air tersebut setiap hari sehingga kurang rasa sakit tekak.

Or
Kemam strepsils/ Fishersman Friends dan yang seangkatan dengannya.


Semua petua2 ni aku dah try!arghh...hilangla kau sakit tekak ni..aduuu..tensi gueee...

Ubat Sakit Tekak dan Batuk

Me dah sakit tekak 2 ari dah ni..aduu..xsuke sakit tekak..sebb cam xleh nk cakp sem..nk jerit marah Afiq pun xleh..akibatnye, de suke betul ari ni...mama baik katenye..so, de pun buat la ape yg de suke...huhuhu..me, saba je la bebyakkk....

Kak Naim simpati ngan I ni, so de pun suggest minum air longan..de cam kiub ayam je mule2 tgk..ehe..De ada 12 pek kecik dalam 1 kotak, dalam pek kecik dalam tu ada 2 kiub, kre sekali minum tu just pakai 1 kiub je dah cukup..Jgan risau, air ni sedap..kalu nak manis lagi, letak 2 kiub aka 1 kotak kecik tu terus..cepat cket baik kot..As for me, minum 1 kiub dulu..just nk try..Kak Naim pesan, kene gune air panas mengelegak tu, then minum pelan2..Mmg mujarab!Alhamdulillah..tekak rasa lega..cam xsakit dah..ok la...but kene minum dan minum lagi..sampai baik.

bahan2nya adalah:
1 mug air panas mengelegak
1 atau 2 kiub pati longan

cara-caranya:
letak kiub pati longan dalam air panas, kacau dan minum!!!

ni la de kiub longan tu..byk jual kat kedai cina..kalu kat Melbourne ni, belambak kat Laguna ..